Gambaran berkenaan komponen-komponen Windows API Windows_API

Kefungsian disediakan oleh Windows API boleh dikumpulkan kepada tujuh kategori :-

1-Base Services
Memberi akses kepada sumber-sumber asas yang boleh didapati dalam sistem Windows. Ini termasuklah seperti sistem-sistem fail, peranti-peranti, proses dan bebenang, akses kepada Windows registry, dan pengendalian ralat. Fungsi-fungsi ini terdapat dalam file-file kernel.exe, krnl286.exe atau krnl386.exe pada 16-bit Windows, dan file-file kernel32.dll dan advapi32.dll di 32-bit Windows.

2-Graphics Device Interface
Berfungsi untuk menghasilkan output grafik untuk monitor, pencetak dan lain-lain peralatan berkenaan. Ia terdapat dalam gdi.exe pada 16-bit Windows, dan gdi32.dll pada 32-bit Windows.

3-User Interface
Menyediakan fungsi untuk mewujudkan dan menguruskan tetingkap skrin dan kawalan-kawalan asas biasa seperti butang-butang dan scrollbars, menerima input daripada tetikus dan papan kekunci, dan lain-lain kefungsian berkaitan dengan GUI pada Windows. Unit fungsi ini terdapat dalam user.exe pada 16-bit Windows, dan user32.dll pada 32-bit Windows.Semenjak ujudnya versi Windows XP, kawalan-kawalan asasi terdapat dalam comctl32.dll, bersama-sama dengan kawalan-kawalan biasa (Common Control Library).

4-Common Dialog Box Library
Menyediakan aplikasi kekotak dialog standard untuk membuka dan menyimpan file, memilih warna dan font, dan sebagainya. Perpustakaan ini terdapat dalam satu fail dipanggil commdlg.dll pada 16-bit Windows, dan comdlg32.dll pada 32-bit Windows. Ia dikumpulkan di bawah kategori Antaramuka Pengguna API (User Interface of the API).

5-Common Control Library
Membenarkan aplikasi-aplikasi mengakses kepada beberapa kawalan termaju yang disediakan oleh operating system. Ini termasuklah seperti bar status, bar operasi (progress bar), toolbars dan tab-tab. Ia terdapat dalam satu fail DLL dipanggil commctrl.dll pada 16-bit Windows, dan comctl32.dll pada 32-bit Windows. Ia dikumpulkan di bawah kategori Antaramuka Pengguna API (User Interface of the API).

6-Windows Shell
Komponen pada Windows API yang membenarkan aplikasi-aplikasi untuk memasuki kefungsian yang disediakan oleh kelompang sistem operasi, juga sebagai merubah dan meningkatkannya. Komponen ini terdapat dalam shell.dll pada 16-bit Windows, dan shell32.dll dan di Windows 95 terbaru shlwapi.dll pada 32-bit Windows.Ia dikumpulkan di bawah kategori Antaramuka Pengguna API (User Interface of the API).

7-Network Services
Memberi akses kepada pelbagai keupayaan rangkaian dalam sistem operasi. Sub-komponennya termasuk NetBIOS, Winsock, NetDDE, RPC dan banyak lagi.

Keadaan penyelenggaraan
Expression Studio
Bahasa dan penyusun
API major dan rangka kerja
Perkakasan pangkalan data dan bahasa
Kawalan sumber